Tuesday, 10 January 2017

Monday, 9 January 2017


LAPORAN AKTIVITI PI1M PPR TAMAN SRI TITINGAN TAWAU

TAJUK PROGRAM: "BERKENALAN DENGAN EKSPOSURE LEVEL 1"
TARIKH & WAKTU PROGRAM: 7 JANUARI 2017 : 12.30ptg- 5.00ptg   
TEMPAT: BILIK LATIHAN PI1M PPR TAMAN SRI TITINGAN

            Pada 7 januari 2017, sebuah program yang diadakan khas untuk warga sekitar Tawau telah diadakan di bilik latihan pi1m PPR Taman Sri Titingan. Program ini bertujuan untuk melahirkan belia-belia yang aktif dan sihat dalam perniaganaan keusahawanan.
            Program ini bertajuk “Berkenalan Dengan Eksposur level 1”adalah sebuah program yang khas dijalankan oleh seorang usahawan tempatan bagi memberi tips-tips dan panduan untuk menggunakan kamera dslr dan berbagai perlatan yang studio gambar.

            Dalam masa perjalanan program ini, para peserta diberi peluang untuk menggunakan kamera dslr dan memahami segala fitur yang terdapat di kamera dslr. Para peserta juga dapat melihat sendiri bagaimana sesi “Photoshoot”dijalankan dan merasai pengalaman untuk menggambar sendiri Model tempatan bernama (Cik Andriana Pamella) yang dibawa khas.

            Dengan program sebegini, para peserta dapat menimba ilmu dan manfaat yang besar untuk mereka merasai dan melihat sendiri peluang-peluang yang terdapat dalam perniagaan Fotografi dan Videografi dan memberi imej yang positif kepada pi1m untuk membantu komuniti setempat.

PROFIL USAHAWAN

Usahawan Dari PI1M                        : PPR Taman Sri Titingan
Nama Penuh                                      : Abdul Rahman Suni
Alamat                                               : No. Jalan Mawar, Kg. Jawa
Email                                                  : oldkepunden@gmail.com
Facebook                                            : www.facebook.com/tjstudiophotography
Nama Perkhidmatan                           : Videografi dan Fotografi

En. Abdul Rahman adalah seorang usahawan yang mengusahakan perkhidmatan videografi dan fotografi. Sebelum ini beliau adalah seorang juruteknik computer di salah sebuah syarikat swasta di Bandar Tawau. Pada awal pengenalan dengan fotografi, beliau membeli sebuah kamera DSLR hanya sekadar hobi, namun atas saranan dan sokongan kawan-kawan dalam bidang yang sama, beliau meneruskan dengan perkhidmatan Photografi kepada penduduk sekitar Tawau.

Selain itu, beliau juga menyediakan perkhidmatan videografi yang mana perkhidmatan ini menyumbang pulangan yang besar dalam perniagaan yang beliau jalankan. Beliau menggunakan kamera DSLR yang sama untuk videografi dan Fotografi.

Beliau juga mempunyai studio gambar yang hanya dijalankan secara bergerak, dan beliau aktif mengadakan kolabrasi bersama jurumekap dan butik yang berada di sekitar Tawau.


Beliau berharap suatu hari nanti, perniagaan ini akan memberikan pulangan yang berbaloi kepada dirinya dan menyarankan kepada belia-belia untuk menceburi bidang ini.

GALERI PI1M TAWAU









PPR TAWAU ADRESS


PPR Tawau 2017

PI1M PPR TAMAN SRI TITINGAN
Aras Bawah, Blok D2,  Flat Sri Titingan
91000 Tawau. Sabah.

PI1M PPR TAMAN SRI APAS
Ground Floor Block C,
PPR Taman Sri Apas, Batu 8,
Jalan Apas, 91000 Tawau

PI1M PPR TAMAN SRI SEMARAK
PPR Sri Semarak Blok E,
Jalan Kuhara Batu 5, 
91000 Tawau.

PI1M PPR TAMAN SRI BALUNG
Block d3 Ground Floor,
Taman Sri Balung, Jalan Apas Balung , KM9

91000 Tawau


Pi1M Tawau 2017

PI1M MEROTAI


PI1M KG. BATU PAYUNG
Kg Batu Payung tawau Batu 10, Jalan Tinagat 91000, Tawau Sabah

PI1M KG. PASIR PUTIH


PI1M BALUNG COCOS