PROFIL USAHAWAN
Usahawan Dari PI1M :
PPR Taman Sri Titingan
Nama Penuh :
Abdul Rahman Suni
Alamat :
No. Jalan Mawar, Kg. Jawa
Email :
oldkepunden@gmail.com
Facebook : www.facebook.com/tjstudiophotography
Nama Perkhidmatan :
Videografi dan Fotografi
En. Abdul Rahman adalah seorang
usahawan yang mengusahakan perkhidmatan videografi dan fotografi. Sebelum ini
beliau adalah seorang juruteknik computer di salah sebuah syarikat swasta di Bandar
Tawau. Pada awal pengenalan dengan fotografi, beliau membeli sebuah kamera DSLR
hanya sekadar hobi, namun atas saranan dan sokongan kawan-kawan dalam bidang
yang sama, beliau meneruskan dengan perkhidmatan Photografi kepada penduduk
sekitar Tawau.
Selain itu, beliau juga
menyediakan perkhidmatan videografi yang mana perkhidmatan ini menyumbang
pulangan yang besar dalam perniagaan yang beliau jalankan. Beliau menggunakan
kamera DSLR yang sama untuk videografi dan Fotografi.
Beliau juga mempunyai studio
gambar yang hanya dijalankan secara bergerak, dan beliau aktif mengadakan
kolabrasi bersama jurumekap dan butik yang berada di sekitar Tawau.
Beliau berharap suatu hari
nanti, perniagaan ini akan memberikan pulangan yang berbaloi kepada dirinya dan
menyarankan kepada belia-belia untuk menceburi bidang ini.
No comments:
Post a Comment