Monday, 9 January 2017


LAPORAN AKTIVITI PI1M PPR TAMAN SRI TITINGAN TAWAU

TAJUK PROGRAM: "BERKENALAN DENGAN EKSPOSURE LEVEL 1"
TARIKH & WAKTU PROGRAM: 7 JANUARI 2017 : 12.30ptg- 5.00ptg   
TEMPAT: BILIK LATIHAN PI1M PPR TAMAN SRI TITINGAN

            Pada 7 januari 2017, sebuah program yang diadakan khas untuk warga sekitar Tawau telah diadakan di bilik latihan pi1m PPR Taman Sri Titingan. Program ini bertujuan untuk melahirkan belia-belia yang aktif dan sihat dalam perniaganaan keusahawanan.
            Program ini bertajuk “Berkenalan Dengan Eksposur level 1”adalah sebuah program yang khas dijalankan oleh seorang usahawan tempatan bagi memberi tips-tips dan panduan untuk menggunakan kamera dslr dan berbagai perlatan yang studio gambar.

            Dalam masa perjalanan program ini, para peserta diberi peluang untuk menggunakan kamera dslr dan memahami segala fitur yang terdapat di kamera dslr. Para peserta juga dapat melihat sendiri bagaimana sesi “Photoshoot”dijalankan dan merasai pengalaman untuk menggambar sendiri Model tempatan bernama (Cik Andriana Pamella) yang dibawa khas.

            Dengan program sebegini, para peserta dapat menimba ilmu dan manfaat yang besar untuk mereka merasai dan melihat sendiri peluang-peluang yang terdapat dalam perniagaan Fotografi dan Videografi dan memberi imej yang positif kepada pi1m untuk membantu komuniti setempat.

No comments:

Post a Comment